Tuesday, 17 March 2015

OHH ALLAH. Tuhan yg maha Esa

Bab 1 ♡

Bismillahirrahmanirrahim...Segala puji-pujian hanya bagi Allah.

                                                                                                                        
     
     Zaman sekolah masih diingati sehingga kini. Dialah juara larian 100 meter, 200 meter dan 4x100 meter kategori perempuan. Kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Edya Nurain tersenyum sendirian didalam bilik yang diberi nama 'bilik pelangi' atau dalam bahasa inggerisnya 'rainbow room' (RR) itu. Dia memandang medal yang dipegangnya dengan perasaan yang sangat bangga.

    'Bestnya kalau boleh jadi macam dulu balik. Dapat banyak medal  dan ramai orang ucap tahniah'. Hati kecilnya mengeluh. Walaupun hakikatnya dia sendiri tahu bahawa dia sudah jauh lebih besar, lebih matang dan semakin tinggi dan yang paling ketara, dia tidak seperti zaman remajanya lagi. Dia kini sedang berusaha memperbaiki dirinya yang serba kekurangan, mendekatkan diri kepada Tuhan dan berusaha menjadi seorang wanita yang berjaya. Mana mungkin dia mahu berlari seperti dulu lagi kecuali melakukan aktiviti yang tidak terlalu lasak.

     Lamunannya terganggu seketika apabila telefon bimbit jenama Samsung Note yang berada diatas meja belajarnya berdering dan menghasilkan bunyi getaran yang kuat. Dia pantas mendapatkan Samsung Notenya itu dan melihat nama 'Mahani' tertera di skrin telefonnya. Lalu dia menyambut panggilan itu dengan gaya seperti memerli..........